Postingan

Menampilkan postingan dari November, 2013

Siakap Sukahati

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bukan ikan tu yg sukahati tapi org yang masak ni yang sukahati . Tu la kan kita yang masak, jadi sukahati kita lah nak letak apa pun masakan kita ni kan...kan... Ishhhh2 merapu sungguh...! Sebenarnya masakan ni lebih kurang asam pedas gitu ....akak ni mmg suka masakan yang masam2 sikit . Rasa mcm laju jer bila makan yg masam2 ni. Senang jer ..kalu nak try jom kita semak resepi ni : Siakap Sukahati Sumber : Kak nita -jomknitamasak.blogspot.com Bahan2 1 ekor ikan siakap ( dibersihkan) Bahan yg ditumbuk 6 biji cili besar 6 biji cili padi 2 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 2 btg serai 1inci halia 1inci kunyit hidup sedikit belacan air asam jawa secukupnya garam gula sedikit serbuk pati ikan bilis (jika suka) daun kesum 2 biji tomato Cara2nya Lumurkan garam dan kunyit pada ikan dan gorengkan.Ketepikan dulu. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk hingga wangi. Masukkan air asam jawa secukupnya ,kalu nak berkuah macam kat atas lebihkan air ya. Perisakan dgn gula

Kerabu Pucuk Paku

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sekali sekala menu kerabu ni mmg menyelerakan. Kalu digandingkan dgn nasi panas2  dan ikan goreng kunyit pon dah cukup. Selain dibuat kerabu ,pucuk paku ni juga sedap dibuat masak lemak cili padi , digoreng bersama udang atau dibuat ulam shj. Banyak khasiatnya sebenarnya. Antaranya ialah boleh menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam kerana ia mengandungi zat besi , vitamin A(beta karotene).Ia juga kaya dgn mineral terutamanya fosforus dan kalium.Classsss gitukannn...So jgn pandang rendah kat sayur2 kg atau ulam-ulaman nih.... Kerabu pucuk paku kat atas adalah versi paling simple sebab campur dgn ikan bilis jer , kalu nak campur dgn perut/daging  ker sila tambahkan sedikit serai yer..Resepi ni akak dapat drp blog Chef Hanieliza . Terima kasih Chef. Kalu nak try tu bole tengok resepi kat bawah ni: KERABU PUCUK PAKU Sumber 1: Chef Hanieliza Sember 2 : kak nita -jomknitamasak.blogspot.com Bahan 2 ikat pucuk paku 1 cawan taugeh [basuh dan toskan]

Kek Coklat 4

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Sebaik saja cuti sekolah bermula , banyak sungguh jemputan kahwin yg diterima. Hari ni pon ada satu jemputan  . Oleh kerana nak pi kenduri tu akak hanya prepare breakfast saja hari ni..Masa dok godek2 peti ais ada lah  ternampak beberapa items lg yg perlu dihabiskan,kalu tak nnt rosak la pulak antaranya  -cream cheese , chocolate, strawberry filling....pastu apa lg ,jadi la kek  ni. Resepi drp Chef Hanieliza akak sesuaikan ikut bahan yg ada. Minta ampun ya chef.....  Antaranya akak kurangkan gula dalam adunan dan tambahkan sedikit cream cheese manakala toppingnya pula akak pipekan sedikit strawberry filling .Gabungan rasa chocolate ,masam manis tu kira okkkkk lah...besttt. Jom kita semak resepi ni: KEK COKLAT 4 Sumber 1 : CHEF HANIELIZA Sumber 2: Blog  Kak Ummi  homesweethome Sumber 3: kak nita -jomknitamasak.blogspot.com Bahan A:- 1 cawab susu cair (akak guna fresh milk) 1 cawan air 1 cawan mentega cair 2 cawan gula perang (akak letak 1 1/4 cwn

Marble Cheesecake

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ini adalah satu N3 lama yang akak baru nak publish.Akak mmg selalu buat kek ni dulu tapi gambar ni diambil  masa  buat 3 bulan lepas...tersimpan dan hari ni baru teringat . Mula2 dulu  akak dapat resepi dari kawan akak : Aida, terus buat dan menjadi dan akak pernah share kat sini  . akak tak pasti sumber asal resepi ni drp siapa .Sekiranya tuan punya resepi ni ternampak entry ni harap dihalalkan lah ye.. Walaubagaimanapun  terima kasih bebanyak  kepada Aida Norfaleisa sbb share resepi ni dulu.  Marble Cheesecake Sumber 1: Aida Norfaleisa Dikongsi oleh: jomknitamasak.blogspot.com Bahan A 185g butter 1/4 cawan serbuk koko 1/2 cawan gula halus 1 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder 3 biji telur (gred A) Bahan B 250 gm cream cheese 1/2 cawan gula halus 1/4 cawan fresh milk /susu cair 1 biji telur 1 sudu teh esen vanila Cara-cara Cairkan butter ,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk Pukul gula dgn adunan 1 ,mskkan telur satu persat

Lost World of Tambun

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kebiasaanya kami sekeluarga akan jalan2 diluar musim cuti sekolah .Senang sikit ,tak yah la bersesak2.Bila cuti sekolah kami hanya dok rumah dan balik kg jer.Ni lah kali pertama kami ke Lost World of Tambun utk penuhi permintaan bebudak ni. Enjoy sungguh depa. Akak dan Balqis ni penakut sikit -mainan yg tinggi2 dan laju2 tu~ mmg tak berani sungguh, gayattt gituuu.... Tu pon try test juga satu dua mainan tu , pastu pi berendam air sejuk , air panas, masuk zoo dll. Kat sini pengunjung tak leh bawa masuk makanan . Makanan dan minuman yang dijual mmg mahal. Cer tengok gambar kat bawah ni .So kalu nak pi tu ambik breakfast yg heavy siap2 ye... Dah abis main kami pon balik ...hahaha...