Postingan

Menampilkan postingan dari Juli, 2014

SAMBAL UDANG KERISIK

Gambar
Hari ini Kak Noor cuba curi masa untuk memuatkan resepi yang ingin sangat dikongsi bersama. N3 ini telah lama pending disebabkan kesuntukan masa. Menu Sambal Udang Kerisik ini telah Kak Noor masakkan untuk keluarga minggu lepas. Sesuai sangat untuk hidangan berbuka puasa. Dimakan pula bersama nasi panas. Kalau rajin, boleh goreng ikan tenggiri jeruk. Pasti menyelerakan. So tak perlu celoteh panjang-panjang. Apa kata kita terus ke resepi Sambal Udang Berkerisik. Bagi ibu-ibu yang belum confirm apa menu yang hendak dimasak hari ini, bolehlah mencuba resepi ini. Selamat mencuba. Bahan-bahannya: ½ kg. udang (saiz xl atau xxl) - dipotong kepala dan ekornya *1 sudu besar serbuk cili *1 sudu besar sos tiram *1 susu besar kicap manis *1 sudu besar gula perang 1 – 2 biji bawang besar – dipotong bulat 2 sudu besar kerisik Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis * Bahan-bahan perapan udang Bahan-bahan tumis: 1 inci kulit kayu manis 1 biji bawang besar – dihiris 1 batang serai d...

Dendeng Daging

Gambar
Assalamualaikum, Pasti ramai yang tercari2 apa yang best utk bersahurkan? Macam keluarga akak ni, anak2 dan suami tak suka sangat bersahur dgn nasi. Biasanya kami selalu makan roti, sandwich , kentang goreng ,nugget, kurma ,air @ apa2 yang simple ja. Kekadang ada la buat nasi goreng  . Bagi memudahkan  lg proses menyediakan juadah utk sahur akak  akan buat sambal ikan bilis kering bersama kacang @ dendeng daging macam kat atas ni ~ senang gitu kalu nak makan nasi pon boleh @ dgn roti.Sesuai juga kalu jadikan bekalan utk anak2 ke asrama  sbb ianya boleh bertahan 3-4 hari .Resepi ni akak dapat dr blog  Kak Ummi . Terima kasih ya Kak Ummi. Izinkan saya memanjangkan resepi ni kat sini ya... Dendeng Daging Bahan:- 1 kilo daging fresh (Daging dipotong besar2 dulu, rebus dan toskan. Kemudian potong kecil dan nipis. Tumbuk2 daging. Setelah siap menggoreng bawang, gunakan minyak bawang untuk menggoreng daging yang telah ditumbuk) 20 - 25 tangkai cili kering ] kisar 20 bi...

Puding Kastad Jagung Berkuah

Gambar
Assalamualaikum ,  Rasanya ni adalah entry dessert pertama akak dibulan Ramadan ni. Untuk dessert lain kak nita tak sempat nak ambil gambar. Puding ni kak nita buat dua hari lepas . Suka sangat hirup kuah dia ni ...sejuk ja tekak . Resepi ni sama macam entry akak yg dulu tu , boleh  klik  sini  @ boleh refer kat bawah ni. Akak pasti ramai yg sukakan puding ni sebab antara pageviews tertinggi dlm blog ini adalah puding ni la. Selamat mencuba.    Puding Kastad Jagung Berkuah Sumber 1 : Kak Zai ~Teratak Impian Sumber 2: kaknita-jomknitamasak.blogspot.com Bahan2 Untuk Kastard  1 cawan tpg kastard 2 cawan susu cair/susu segar + 2 cawan air (kali ni 1 cawan susu +3 cwn air) 3 sudu besar gula 1/2 tin jagung kremer dalam tin  Cara cara Campurkan semua bahan di atas di dalam periuk, kacau agar tepung kastad larut dalam susu. Panaskan dan sentiasa kacau hingga adunan semakin kental dan kelihatan letusan kecil dan adunan semakin berkilat. Tutup api dan tuang...

Jom main batu seremban!

Gambar
Assalamualaikum , Dah lama teringin nak buat batu seremban comel ni tapi semalam baru berpeluang utk buat. Tu pon setelah diminta oleh Balqis dan kebetulan ada balance stok lama kacang hijau kat dapor tu.Pernah nampak gambar dlm fb kawan tapi pasti cara nak buat dia ,pastu akak goggle dan terjumpalah step by step dr blog  saudari ni . Terima kasih ya saudari. Dapat juga Balqis main batu serembat lembut dan comel ni (comel la sangattt...hahaha).Kalu akak dolu2 kutip batu2 kat tepi masjid tu jer sebelum pi mengaji ..pastu sementara menunggu Ustaz mai ,kami main batu ni dulu... bestkan..! Hari ni main ngan anak pompuan sorang ni pulakkk...jom main..! 

Padprik Ayam

Gambar
Assalamualaikum, Semalam akak telah sediakan set/menu masakan Thai gitu.antaranya ialah Padprik Ayam, Sup Siam, ayam goreng berempah dan sayur taugeh goreng bertelur.Resepi PadprikAyam ni akak ambil dr blog  Kak Nor . Terima Kasih ya Kak Nor.Mmg mudah dan sedap. Senang nak masak dan nak makan sbb guna isi ayam dan sayur (apa yg ada jer). Ni dia resepinya dan selamat mencuba ya...: PADPRIK AYAM resipi : Makyong @ MyResipi sumber 1 : K.Nor@SecubitGaram sumber 2: Kaknita@jomknitamasak.blogspot.com Bahan-bahan ½ ekor ayam - dipotong kecil2 4 ulas bwg merah - ditumbuk 2 ulas bwg putih - ditumbuk 1 labu bwg besar - dimayang 2 btg serai - dititik 2 biji buah tomato - dipotong 4 5 biji cili padi - ditumbuk bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda( knita hanya letak carrot ja..) sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis 1 sudu besar cili mesin ~ ni k.nor tambah bahan2 perasa Cara-cara Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). Mas...

Mee Goreng Mamak

Gambar
Assalamualaikum, Sekejap jer dah masuk 7 Ramadan. Hari ni sampai rumah dekat2 pukul 7 pm . Nak singgah bazar ramadan pon tak sanggup sbb mmg sesak. Sesampai ja dirumah akak sempat goreng cucur udang , goreng mee dan buat air utk berbuka. Alhamdulillah  itu pon dah memadai sampai tak terasa nak makan nasi . Kekadang masakan kalut2 dan simple macam ni mmg terasa nikmatnya. Kalu bukan org Penang mungkin depa tak suka makan mee mamak ni kottt...tapi  apa kita pakat try masak ramai2 dan rasa tengok naa..... MEE GORENG MAMAK Resepi asal :Chef Hanieliza. Sumber 1potretkasih Sumber 2 : kaknita~jomknitamasak.blogspot.com Bahan 500 gm mee kuning 100 gm daging -gantikan dgn udang 100 gm fish cake ) hiris nipis 100 gm fish ball ) 4 keping kueh cucur udang ) 1 cawan taugeh 1 mangkuk sawi [potong kecil] -tak letak 3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih 1 sudu rempah kari -tak letak 3 sudu kicap pekat 2 sudu minyak masak 1 labu bawang besar [cincang halu...

Juadah 1 Ramadhan; Rendang Pedas Ayam, Sambal Tumis Sotong Dengan Petai, dan Sayur Kacang Buncis Goreng Kunyit

Gambar
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DARIPADA SAJIAN DAPUR BONDA Syukur ke hadrat Allah Taala kerana masih lagi diberi peluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini.  Semoga pada tahun ini ibadah yang dilakukan lebih baik dan lebih sempurna daripada tahun-tahun sebelumnya.  Amin... Alhamdulillah kerana Kak Noor masih diberi kudrat untuk menyediakan juadah berbuka untuk keluarga.  Walaupun kekadang waktu terasa letih selepas pulang dari kerja, namun demi tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, ia perlu dipikul jua.  Pada hari pertama Ramadhan, pelbagai request untuk lauk daripada suami dan anak-anak.  Nasib baik pada hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Ahad, iaitu hari Kak Noor bercuti. Layan ajelah permintaan mereka.  Lagipun hari pertama puasa, mesti terasa nak makan itu dan makan ini. Hasben nak makan rendang pedas ayam, dan anak-anak pula nak makan sambal tumis sotong petai.  Kak Noor pula?  Tak kisah sangat... taklah teringin sangat nak mak...