Postingan

Menampilkan postingan dari April, 2015

Puding Triffle

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah bertemu lg di pagi Jumaat yg mulia ni setelah sekian lama menyepi dek masalah kesihatan lappy kesayangan akak ni. Sekarang dah kembali spt biasa . Ni adalah antara resepi2 yang terkumpul . Puding ni mempunyai tiga lapisan utama iaitu kek , custard dan jelly beserta buah buahan campuran .Disamping itu boleh dikayakan lg rasanya dgn tambahan creamcheese / yogurt bergantung pada kehendak masing2 . Utk resepi ni mmg kurang manis dan laju la masuk tekak gitu... Puding Triffle Sumber 1: lyalyana.wordpress.com Sumber 2: kaknita BAHAN-BAHAN UNTUK TRIFFLE : 1 buku Swiss Roll  (atau apa2 perisa pon boleh) dipotong 12 bahagian – (ikut saiz bekas)-knita letak kek span vanila . 3 sudu Tepung Kastard 1 tin Susu Cair 1 tin Air 2.5 sudu besar Gula (saya pakai sugar brown) 1 paket Kristal Jelly Nona perisa Strawberi/ Rasberi / apa2 perisa pon boleh 400ml Air (untuk masak Kristal Jelly)- knita letak 700ml air Buah Peach dalam tin (asingkan buah peac...

Rendang Ayam Minang, penambat selera keluarga di hujung minggu

Gambar
Assalamualaikum. Selamat santai di hujung minggu. Esok dah nak kembali kerja. Rutin 5 hari selagi tak bersara. Rasa sekejap sangat cuti dua hari ini. Rehat kerja di pejabat, tetapi di rumah kerja senantiasa `on'. Tiada cuti untuk kaum ibu ye. Malah masih ada kerja yang masih tertunggak walaupun dua hari cuti.  Tak sempat nak siapkannya. Kalau ikutkan kerja rumah ini, memang tak habis sampai bila-bila. Kalau boleh nak perfect A - Z. Baru puas hati.  Dalam usia Kak Noor yang akan mencecah setengah abad bulan November nanti, terasa cepat letih kebelakangan ini. Tak setangkas dan selincah membuat kerja rumah semasa muda-muda dulu. Hujung minggu selalu rancang nak buat tu, nak buat ini, tetapi dapat fulfil separuh sahaja. Tidak dapat memenuhi piawaian dan mencapai KPI.  Sekarang ini kalau weekdays Kak Noor dah kurang masak. Sejak anak-anak dah besar ini, mereka tak berapa nak makan. Kebiasaannya Kak Noor masak pagi-pagi tinggalkan kepada anak-anak sebelum pergi kerj...

Agar-agar Longan Strawberry

Gambar
Assalamualaikum Dah lama teringin nak buat agar-agar longan strawberry ni tapi asyik sibuk aje memanjang. Dah sebulan buah longan dalam tin tersimpan di dalam kabinet dapur, tidak terusik. Hari ini baru berkesempatan membuatnya. Hai... rasa sejuk bila masuk ke tekak sejurus selepas dikeluarkan daripada peti sejuk. Rasa fresh sangat. Anak-anak pun suka. Katanya sedap sangatlah ibu. Ada pula komen dalam FB sayang nak makan.  Ada pula komen macam gigi palsu.  Hai macam-macam.  Apapun agar-agar longan strawberry ini memang sedap.  Kalau ada buah strawberry dicampurkan sekali mungkin bertambah sedap jadinya.  Resepinya mudah sangat.  Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak dan mudah didapati di kedai-kedai runcit. Sesiapapun boleh menyediakannya. Bahan-bahan:  20gm agar-agar tali  5 cawan air 1 tin longan 1 tin susu cair 1 ¼ cawan gula pasir Perisa strawberry secukupnya Cara-caranya: 1. Basuh agar-agar. Kemudian masukkan di dalam periuk bersa...

Samperit Comel Sajian Dapur Bonda

Gambar
Assalamualaikum. Inilah biskut kegemaran Kak Noor sejak dari kecil lagi sehinggalah ke hari ini iaitu Samperit @ Biskut Dahlia. Bermula dari zero knowledge membuat  samperit, syukur Alhamdulillah pada hari ini rasa puas hati kerana dapat melahirkan  samperit yang beridentitikan kreativiti sendiri. Inilah Samperit Comel Sajian Dapur Bonda, iaitu salah satu produk homemade cookies Sajian Dapur Bonda.  Saiznya kecil dan pattern bunganya  lain daripada samperit yang sedia kita lihat.  Kebiasaannya samperit yang dijual di kedai bunganya besar; saiz standard.  Kak Noor telah cuba menggunakan acuan saiz standard,  tetapi rasa tak puas hati, kerana lebih suka melihat samperit yang bersaiz comel gitu!   Walaupun memicitnya agak rumit kerana menggunakan acuan bunga kecil dan mengambil lebih masa daripada menggunakan acuan bunga besar, tetapi kepuasan hati adalah segala-galanya. Walaupun kekadang kala terasa...

Kek Marble Pandan Coklat

Gambar
Assalamualaikum. Kek Marble lagi... suka tengok gambar-gambar kek marble yang diposkan oleh rakan-rakan dalam FB dan juga blog mereka. Pelbagai kombinasi warna yang menarik dan alunan ombak yang menarik sehingga Kak Noor sendiripun teruja untuk membuat Kek Marble ini lagi .  Sebelum ini dah pernah buat, tapi kali ini nak cuba pula kombinasi warna hijau dan coklat. Hm... kalau guna warna hijau ini seelok-eloknya kita kaitkan dengan satu nama resepi yang sepadan dengan warna yang kita gunakan .   So inilah olahan Kak Noor, Kek Marble Pandan Coklat. First time guna oven Sonner untuk masak kek ini, dan hasilnya memang sempurna sekali. Resepi Kek Marble Pandan Coklat Bahan-bahannya: 250 gm butter 1 ½ cawan gula kastor 5 bji telur ayam Gred A 1 cawan susu cair *2 ½ cawan tepung gandum *1 sudu teh baking powder *2 sudu besar tepung susu 1 sudu teh esen vanilla 3 sudu teh perisa pandan 3 sudu teh perisa coklat (sekiranya ingin warna coklat yang pekat, tambah lagi) Pewarna hijau pa...

Sup Tumis Cendawan

Gambar
Assalamualaikum. Selalunya kalau badan rasa tidak sihat dan tak berapa selera nak makan, maka suplah menu pilihan yang paling tepat. Dihirup supnya, dan diratah bahan-bahan di dalam sup. Makannya pula semasa panas. Puh... berpeluh selepas tu. Hari ini Kak Noor nak masak sup cendawan. Dicampur dengan bahan-bahan lain seperti lobak merah, batang sup, dan buah tomato. Cepat dan mudah disediakan. Tumis dan kemudian masukkan cendawan dan bahan-bahan-bahan berkhasiat yang lain.  Antara khasiat cendawan yang kita sedia ketahui ialah ia boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah, dan menambah insulin dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit, dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan daripada serangan barah, dan dapat membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh.  Bahan-bahan: 200 gm cendawan tiram kelabu/putih (saiz kecil) 1 batang lobak merah – disagat 1 batang sup – dipotong serong 5 ekor udang 1 biji tomato ~ potong wedges ½ k...

Rendang Ayam Pedas Kerisik

Gambar
A ssalamualaikum. Ibu-ibu masih terfikir-fikir nak masak apa hari ini? Apa kata kita masak Ayam Rendang Pedas Kerisik. Kalau ada ayam dalam freezer tu keluarkanlah untuk nyahbeku cepat-cepat. Selalunya kalau masak rendang pedas ayam, Kak Noor kisar semua bahan dan rebus naik sahaja bersama santan.  Tetapi untuk resepi kali ini, Kak Noor guna kaedah menumis pula. Dan ada satu lagi kelainan untuk rendang pedas ayam kali ini, iaitu Kak Noor tak guna cili kering sebab tak ada stok kat rumah, terlupa nak beli. So Kak Noor gantikan dengan cili merah (hidup) digabung dengan cili padi. Sedap juga rendang pedas menggunakan cili merah.  Tak nak celoteh panjang-panjang, jom kita terus ke resepinya. Nanti tak sempat nak masak pula. Bahan-bahannya: 1 ekor ayam organik – dipotong kecil 3 sudu besar kerisik 1 cawan pati santan 1 batang serai dititik Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis Daun pudina (opsyen) Bahan-bahan dikisar: 7 biji cili merah (hidup) – dibuang biji 5 bij...

Emm... Nikmatnya Pisang Goreng Bersama Sambal Kicap Pedas ENAQ.

Gambar
Assalamualaikum. Hari ini celoteh Kak Noor mengenai goreng pisang dan sambal kicap pedas. Eh..eh.. silap bahasa pula. Pisang Goreng sebenarnya. Goreng pisang itu kata perbuatan, contohnya kita menggoreng pisang. Pisang Goreng tu kata nahu, nama sejenis makanan. Macam cikgu BM pulaklah ye! Pisang Goreng merupakan salah satu makanan ringan yang amat popular. Kebiasaannya goreng pisang disajikan pada waktu petang (tea time). Tetapi sekarang ini dah tak kisah, pagi ke... petang ke... malam ke... kalau dah suka bila-bila masa teringin, boleh makan. Lebih sedap jika dihidang panas-panas sejurus keluar daripada kuali.  Sejak dari kecil sehinggalah sekarang, Kak Noor suka makan pisang goreng cicah gula ataupun kari ikan. Hm... sedap sangat sehingga menjilat jari. Tapi mungkin orang Utara sahaja makan stail macam ni kot! Sebab bila tanya kawan-kawan pejabat, mereka tidak pernah makan pisang goreng cicah gula dan kari. Pisang goreng hanya dimakan begitu sahaja ataupun dicicah kicap....

Sambal Tumis Udang Petai lagi, menu pembuka selera

Gambar
Hm.... sambal tumis udang petai lagi. Dalam sebulan mesti ada sekali menu ini. Menu pembuka selera. Kalau dah hidang menu ini, kalau tak tambah nasi mesti tak sah. Anak bongsu Kak Noor, Shila suka sangat sambal tumis udang petai ini. Tetapi yang paling disukainya ialah meratah petai. Selalunya diipilihnya petai dan ditinggalkan udang sahaja. Lastly orang lain ketinggalan tak dapat nak makan petai. Dimakan pula bersama nasi panas. Ingat lagi Kak Noor sewaktu zaman kanak-kanak ketika di bawah jagaan nenda. Dulu bila nenda masak sambal tumis udang petai, udangnya bersaiz kecil sahaja. Itu yang termampu dibeli olehnya.  Kak Noor pun tak tahu nak makan udang-udang besar seperti sekarang ini. Petai pula petai kampung @ petai padi. Petai dulu-dulu rasanya lemak daripada petai yang ada sekarang ini. Mungkin petai kampung.  Faveret Kak Noor kalau makan nasi dengan sambal tumis udang petai ini ialah mesti ada kicap manis. Nasi panas digaul bersama sambal petai dan kicap. Bila semu...

Nasi Goreng Kicap ENAQ, rasa enaq secukup rasa

Gambar
Assalamualaikum. Kekadang waktu sekembalinya kita dari kerja, letak aje punggung atas sofa, rasa malas sangat nak bangun ke dapur. Kalau semasa di pejabat tadi bermacam-macam menu berlegar di dalam kepala, dan  telah rancang nak masak bila sampai di rumah, tiba-tiba mood hilang.  Dalam masa yang sama perut pula dah berlagu keroncong dan perlu diisi segera.  Dalam  erti kata lain `Nak kena masuk minyak dulu baru kereta boleh jalan'. Alternatif menu yang paling mudah di saat ini ialah nasi goreng. Menu yang paling pantas  disediakan, tidak sampai 10 minit telah siap.   Bahan utama yang perlu ada tentulah nasi.  Rencah-rencah lain ikut ketersediaan di dapur.  Apa yang penting, perut mesti diisi. Baru-baru ini ada seseorang yang memperkenalkan kepada Kak Noor kicap jenama Enaq.  Kicap produk muslim, `halal toyibban'.  Halalan toyyiban membawa maksud makanan yang dibenarkan atau diberi kebenaran untuk dimakan, bergantung kepada undang-undang ...