Postingan

Menampilkan postingan dari Mei, 2015

Mieng Kham

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Mieng Kham adalah hidangan pembuka selera yang berasal dari negara Thailand. Kombinasi rasa masam , manis dan lemak mmg sgt membuka selera . Kak nita boleh makan berhelai2 daun ni ...sama juga dgn En suami dan Luqman . Kuah ringkas ni adalah percubaan pertama yang dapat dr blog permatahatimy .Terdapat pelbagai resepi kuah kalu digoggle , cthny dlm blog cikmanggis . Nnt len kali kita cuba resepi kuah yg lain pula ye... Mieng Kham  Sumber 1: permatahatimy Sumber 2 :  cikmanggis Bahan-bahannya:(Filling) Cili padi-potong kecik. Kacang tanah-goreng tanpa minyak. Isi kelapa (warna merah dan putih tu ada  jual dikedai) Halia muda-potong kecik. Limau kasturi-potong kecik-dengan kulitnya. Bawang merah-cincang (Cm guna bawang besar) Udang kering-goreng tanpa minyak. Bhn2 Kuah  2-3 ketul gula kabung 1 mug air 2 bawang putih - tumbuk tak perlu hancur 3 bawang merah- tumbuk tak perlu hancur 1 serai - ketuk 3-7 sudu makan sos ikan (ikut s...

Keropok Bayam

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sesekali dapat makan keropok bayam camni best jugak . Kak nita ni kalu nampak bayam yg segar2 kat market tu selalu la jugak beli utk buat keropok. Makan sambil tengok movie confirm licin . Cara nak buat pon senang . Lagipon pon bayam mempunyai kandungan nutrisi  yang tiggi antaranya adalah sumber vitamin A dan K,  folat, magnesium, serat, kalsium dan protein serta rendah kalori. Jom kita semak resepi kat bawah ni: Keropok Bayam  Sumber resepi : kaknita- jonknitamasak.blogspot,com Bahan2  Daun bayam secukupnya ( dibersihkan ) 1/2 cwnTepung ayam goreng ayam bestari 1 cwn tepung ubi sedikit serbuk perencah hilal ( kalu suka)/  blenderkan sedikit ikan bilis( sebagai perisa) air secukupnya-agak2 bila dicelup ia bersalut elok di daun tu. Cara2nya Bancuhkan semua bahan2 diatas hingga sebati  Rasa kalu perlu tambah garam / lada sulah( tapi kalu tepung bestari ni mmg dah cukup masinnya)  Panaskan minyak  dan goreng hing...

RENDANG AYAM TUMIS BONDA

Gambar
Assalamualaikum dan Selamat Menjamu Selera Menu tengah hari ini special request daripada hasben dan anak-anak. Sebenarnya ada dua opsyen untuk menu tengha hari ini, sama ada ayam masak merah ataupun rendang ayam. Kalau ikutkan anak-anak dua-dua menu mereka gemar. Tapi kalau ikutkan Encik Hasben, lebih prefer Rendang Ayam. Kalau ayam masak merah, penyediaan bahan-bahannya agak ringkas jika dibandingkan dengan rendang. Rendang Ayam Tumis Bonda ini adalah olahan Kak Noor berpandukan koleksi rendang yang sedia ada. Just tokok tambah bahan-bahan untuk menghasilkan menu rendang yang menepati citarasa keluarga.  Rendang ini tidak menggunakan cili kering ye; cuma gunakan cili hijau, cili merah, dan cili padi sahaja. Untuk menaikkan aroma rendang ayam ini, Kak Noor tambah rempah-rempahan. Ternyata rasanya memang marvellous. Kalau nak tahu sedap atau tidak dan ingin merasanya sendiri, cubalah masak berpandukan resepi di bawah. Bahan-bahannya: 2 ekor ayam organik – dipotong ikut suka 3 b...

Jejalan Ke Satun, Thailand

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kali ni kak nita nak share percutian budget kami ke Satun . Ia   adalah  wilayah yg terletak di selatanThailand. Kami kesana dgn kenderaan sendiri berpandukan peta dan petua2 diblog dan rakan2 suami yg pernah ke sana. Prosedurnya sama seperti yang kaknita share sebelum ni di  sini . Kami masuk melalui Wang Kelian dan mengambil masa kira2 1.30jam untuk sampai ke Satun . Tempat pertama yg kami tuju adalah Pak Bara Beach  . Cantik pemandangannya . Majoriti penduduk di sini adalah beragama islam . Terdapat banyak masjid dan tempat makan halal.Tak lah risau sangat. Sedap pulut ayam ni ...50sen pulut dan aym pula ikut size ..yg ni lebih kurang RM2.50 Hidangan utama yg dicari oleh En Suami ialah Kerabu Telur Belangkas( first time akak makan )dan menu2 lain adalah menu biasa spt tomyam campur dan  nasi . Harga makanan disini ok la tapi ada lagi satu tempat makan yg menarik dan patut dikunjungi iaitu di Tanyong Pao. Tempatnya agak jau...

Sosej Sambal Kicap, menu istimewa untuk kanak-kanak

Gambar
Assalamulaikum Semua. Tak tahu nak masak apa untuk anak-anak di rumah?  Cuba menu sosej sambal kicap ini, mungkin anak-anak anda gemarkannya.  Dimakan bersama nasi pun sedap, apatah lagi meratahnya sahaja.  1 pack (1 kg) sosej pun boleh habis. Apabila stok lauk-pauk di rumah telah habis, inilah solutionnya..  Cepat dan ringkas.   

Ayam Kicap 3 Rasa

Gambar
Assalamualaikum. Ayam Kicap 3 Rasa ini Kak Noor masak kelmarin pagi sebelum Kak Noor berangkat ke tempat kerja. Ada kelainan sedikit ayam masak kicap 3 rasa ini. Banyak kombinasi bahan-bahannya. Ye lah, kalau masak kicap biasa, jemulah pula. Dah biasa sangat masak kicap yang ringkas gitu... anak-anak pun tak berselera nak makan.    So apa kata kita olah resepi biasa yang sedia ada kepada satu resepi baharu yang ada kelainan rasanya. Kalau bab nak olah resepi ini, suka sangat  Kak Noor ni.  Bereksperimen dan try & error dengan menu-menu asal.  Bukan dalam bidang sains sahaja kita buat eksperimen, tetapi dalam bidang masakan pun kita boleh juga.   Maka hasilnya, terciptalah satu resepi baharu.  Ayam Kicap 3 Rasa ini, masakannya ala mamak style sebab menggunakan daun kari untuk menumis. Di samping itu ada juga campuran rempah untuk memberi kelainan kepada masakan ini. Nak tahu sendiri apa rasanya?  Cuba masak menggunakan resepi di bawah in...