Postingan

Menampilkan postingan dari Mei, 2016

Gulai Siakap Daun Kesum

Gambar
Assalamualaikum, Dah lama xmenggulai ...dapat  ikan  segar  nnt boleh buat  lg..Spt  biasa gulai akak ni mmg  simple , 2 - 3 hari  lg  semua anak2 balik dari asrama ..seronoknyerr cuti panjang . Bersemangat sikit nak masak. Selalunya depa akan request itu dan ini ,almaklum la dok  asrama mkn pon gitu2 jer.. Resepi  utk menu  kat atas ni sama ja mcm entry kaknita sebelum ni : Klik  sini BAHAN-BAHAN: 500 gm ikan siakap 250 ml santan( kalu  xmo pon xpa ganti dgn air kurangkan sikit qty) 5 biji bawang merah | ditumbuk 4 ulas bawang putih | ditumbuk 3 biji bawang merah | dimayang 1 batang daun kesum 1 sudu teh serbuk jintan putih (jintan putih ditumbuk halus bersama bawang merah + putih) 2 sudu makan rempah kari ikan Baba's 2 sudu makan air asam jawa ( knita lebihkan sikit ) 2 sudu makan minyak Garam secukup rasa sedikit timun CARA MEMASAK:- (cara kak nita) 1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah dimayang...

Sambal Tumis Telur Enak Versi Sajian Dapur Bonda

Gambar
Assalamualaikum. Sambal Tumis Telur, menu alternatif apabila semua lauk-pauk dah clear di dalam eksbox. Last week tak pergi pasar untuk re-stock. Encik Hasben ada juga bertanya nak beli lauk tak di pasar tani Setiawangsa. Nak beli ayam ke? Tiap-tiap minggu beli ayam, rasa jemu pula. Ingat nak masak apa saja bahan kering yang tersedia di rumah. Biasanya di rumah Kak Noor mesti ada simpan stok kering seperti ikan bilis, ikan kering, sardin tin, dan telur. Lauk-lauk kering inilah alternatif akhir apabila telah kehabisan lauk-lauk basah. Sambal Tumis Telur ini special sedikit sebab salah satu daripada bahan yang digunakan untuk masakan ini ialah kicap manis. Memang telah menjadi kebiasaan Kak Noor apabila memasak sambal tumis apa sekali pun mesti masukkan sedikit kicap manis sebagai penambah rasa. Selain itu Kak Noor guna gula perang untuk memekatkan kuah. Kalau nak tahu enak ke tidak menu ini, cubalah resepi sambal tumis telur versi Kak Noor ini.  Jom kita skrol tutorial bergambar ...

Menu Ala Thai: Sambal Udang Thai

Gambar
Selamat Malam dan Assalammualaikum Semua Rakan yang Budiman. Resepi untuk menu ini telah Kak Noor ketengahkan dalam page FB Sajian Dapur Bonda pada 6 Mei 2016. Kira dah basi jugalah menu ini sebab lewat dikongsi dalam blog Sajian Dapur Bonda. Terliur tak tengok gambar udang dok berenang di dalam kuali tu.  Mesti terasa nak makan nasi pula malam-malam ni kan. Hm... sebenarnya resepi ini Kak Noor pakai campak-campak aje, tiada garis panduan tertentu atau skodeng kat mana-mana FB atau Blog. Dah selalu sangat masak sambal tumis udang orang Melayu. So nak beri kelainan sedikit kepada menu sambal tumis udang ini. Resepi ini adalah inspirasi sendiri berdasarkan pemerhatian dan pengalaman menikmati masakan ala-ala Thai di restoran atau kedai makan yang menyediakan masakan Thai. Kita namakannya Sambal Udang Thai.  Sambal Udang Thai ini tak nyempat dihidangkan dalam pinggan yang mahal dan unik tu... tak sempat nak cari. Jurufoto pula tak sempat-sempat nak snap foto.  Hentam ajel...

Ayam Masak Hitam Madu (Ala Lauk Nasi Kandar), hanya menggunakan kaedah merebus sahaja..

Gambar
Assalammualaikum Semua. Malam ini Kak Noor nak kongsi menu special keluarga iaitu Ayam Masak Hitam Madu, ala-ala lauk nasi kandar gitu. Tetapi yang istimewanya menu ini ialah ia tidak mengguna kaedah menumis seperti kebiasaannya.  Bila cakap sahaja lauk nasi kandar mesti kita telah sedia maklum lauknya berminyak.. Jika dipandang dari sudut kesihatan memang tidak elok untuk kesihatan. Tambah-tambah kepada orang yang mempunyai kolestrol tinggi. Tetapi bagi orang yang dah memang fanatik dengan lauk nasi kandar ini, itu semua tak berapa penting. Hari-hari tak pernah `mis' makan nasi kandar. Nafsu dan selera makan diutamakan, mesti nak pergi cari nasi kandar juga.  Tetapi tidak dinafikan lauk nasi kandar ini memang mengancam selera.  Kalau seorang staf sahaja yang beli bungkus nasi kandar dan bawa balik ke ofis untuk makan, merebak satu ofis dengan aromanya.  Samalah juga macam Kak Noor, anak jati Pulau Pinang. Nasi dan lauk nasi kandar telah sinonim dengan diri Kak No...

Bubur Ayam Simple gituuuuu...

Gambar
Assalamualaikum... Alhamdulillah dapat post entri tertunggak ni mlm ni,  setelah berbulan2  menyepi..atas2 sebab2 yg xdapat dielakkan.Maaf bebanyak ya.. Bubur ayam  ni mmg sesuai dimakan bila2 masa jer  kan..Simple dan xmenyusahkan .. Jom semak resepi ni.. Bubur  Ayam Resepi: Kaknita Bahan-Bahan utk  rebus 1 1/2 cawan beras Isi ayam secukupnya Air Secukupnya ( lebih kurang 8 cwn-tambah jika perlu ) garam secukup rasa dan kiub pati ayam Bhn hiasan (tabur kat atas) 1 inci halia - hiris halus bawang putih  didadu halus dan goreng isi ayam - potong-potong kecil/disiat2 sedikit daun bawang dan sup - hiris lada sulah Cara Penyediaan Masukan air untuk rebus ayam .Bila ayam tu masak , angkat dan ketepikan. Masukkan beras yang dibersihkan  dlm air rebusan tadi dan tambah air lg.Masukkan kiub pati ayam garam  secukupnya. Masak hingga pecah biji beras tu. Bila bubur ayam dah masak masukan taburkan bhn hiasan. Bismillah dan makan.

FENOMENA FUDGY BROWNIES @ BROWNIES KEDUT

Gambar
Assalammualaikum. Fenomena FUDGY BROWNIES atau dalam Bahasa Melayunya BROWNIES KEDUT. Terdapat pelbagai resepi dan versi brownies ini. Cuma pilih sahaja resepi yang berkenan di hati. Fenomena brownies kedut ini juga menjalar kepada sibongsu di rumah. Request suruh ibu buat, nak makan brownies kedut katanya. Siap bagitahu lagi kalau ibu tak buat Shila order kat kawan di sekolah. Buat apalah nak beli kalau ibu sendiri pun boleh buat. Semua bahan dah ready di rumah. Cuma nak rajin aje.  Sebenarnya dah banyak kali buat brownies ini. Kadang-kadang tu.. makan pun tak habis. Itulah anak-anak kita ni, kalau tengok kawan makan brownies dia pun teringin nak makan, minta kita buatkan.  Tapi bila dah buat, makan sedikit sahaja.  ,Satu loyang tu banyak sangat, tak habis makan satu famili.  Makan diberilah kepada jiran-jiran dan office mate untuk sama-sama merasa.  Resepi yang Kak Noor gunakan ini hasilnya memang moist dan sedap sangat. Resepi ini Kak Noor skodeng di FB. ...

Ayam Masak Taucu Manis Berkuah

Gambar
Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca budiman yang selalu singgah dan sekodeng resepi di blog Sajian Dapur Bonda ini.  Hmm... dah lama Kak Noor tidak muatkan resepi baharu dalam blog ini.  Kebiasaannya telah menjadi rutin Kak Noor meluangkan masa mengemaskinikan blog ini pada setiap hujung minggu.   Memandangkan sejak kebelakangan ini Kak Noor banyak menerima tempahan untuk biskut dan roti, yang perlu disiapkan pada hujung minggu, maka tiadalah berkesempatan Kak Noor untuk mengemaskinikan blog ini.  Syukur Alhamdulillah semalam sempat Kak Noor masak menu simple ini untuk keluarga iaitu Ayam Masak Taucu Manis Berkuah.  So pagi  ini tidak perlulah kelam kabut bergelut di dapur sebelum ke pejabat. Masak yang simple dan ala kadar aje. Walaupun hanya satu jenis lauk, tetapi yang paling penting air tangan bonda. Masakan ini memang berkuah sebab anak-anak Kak Noor suka letak kuah banyak kalau makan nasi. Tetapi itu bergantung kepada citarasa masing-masing, kalau ...