Postingan

Menampilkan postingan dari Juli, 2013

Ikan Kembong Sumbat

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah ,hari ni dah masuk 19 Ramadan ya...mmg pantas masa berlalu . Moga2 kita dikurniakan kesihatan yang lebih baik untuk menempuh hari2 yang seterusnya insyaAllah. Ini adalah antara lauk utk iftar semalam. Dah fening2 dok pikiaq nak masak apa....at last ,yg ni yg tersembul dikotak fikiran..bila tanya anak2 depa pon kata ok ..maka jd la lauk ni. Antara lain yg dihidangkan bersama lauk ni ialah kerabu daun selom,masak lemak telur dan hidangan sampingan - Chicken Pizza  . Walaupon tak banyak tapi cukup utk kami anak beranak ....alhamdulillah.  Jom kita semak resepinya~kot2 la boleh dijadikan idea untuk berbuka nnt.  Ikan Kembong Sumbat Resepi : Kaknita ~jomknitamasak.blogspot.com Bahan2 6 ekor ikan kembong /Ikan Cencaru/Ikan Terubuk (dibelah belakang dan dibersihkan) Garam serbuk kunyit air asam jawa secukupnya Gula secukup rasa serbuk perasa (jika suka) Sambal Bahan2 dikisar 15 biji cili kering (dipotong2 ,direbus dan dibuang bi...

Tepung Bungkus

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sekejap jer dah masuk hari ke 8 kita berpuasa tapi sekali  pon tak sempat nak singgah Bazar Ramadan lg. Maklumlah bila sampai  jer  kat situ parking pon tak dak , org pula ramai sangat....terus jadi letih dan balik rumah. Kekadang beli jer lauk kat tempat kerja atau balik masak apa2 yg simple dan cepat. Kuih tepung bungkus ni akak buat sebelum puasa lg . Saja teringin nak makan ,kebetulan pula masa balik kg tu mak ada bg daun pisang dan kelapa . Ni la kali pertama akak cuba. Mmg senang kalu ikut resepi bdaria  ni.   Rasa lemak ,manis ,masinnya mmg seimbang .Terima kasih  bdaria. Kalu ada daun pisang kat belakang umah tu apa salahnya cuba buat utk berbuka nnt. Jom kita semak resepinya : TEPUNG BUNGKUS Sumber : Jurnal resepi bdaria Dikongsi oleh :kaknita~jomknitamasak.blogspot.com (anggaran dalam 20 biji) Langkah 1 Bahan A (inti kelapa gula melaka) 1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar) 2 1/2 ketul gula ...

Daging Masak Hitam

Gambar
Assalamualikum dan Salam Ramadan... Alhamdulillah dah masuk 5 hari kita berpuasa, harap2 semuanya sihat dan dapat mengharungi  bulan ni dgn sebaiknya,insyaAllah. Sepanjang Ramadan ni, waktu persekolahan anak disingkatkan tapi waktu kerja akak dan suami tetap  seperti biasa. Aktiviti masak-memasak utk berbuka agak terhad, kekadang buat 1 jenis lauk dan nasi ,yg lelain tu beli jer....Weekend macam ni baru masak apa2 yg diminta oleh anak2 tapi semuanya tak lah cerewet sangat dan tak perlu banyak2 menu . Daging Masak Hitam ni adalah salah satu menu dalam juadah iftar semalam. Simple dan sedap insyaAllah. Kot2 nak cuba ,sila semak resepi kat sini. Daging Masak Hitam Sumber : kaknita~jomknitamasak.bogspot.com Bhn2 1/2 kilo daging 1 sudu makan serbuk cili (kalu suka pedas boleh lebihkan) 1 sudu makan serbuk rempah kurma 1/2 cawan kicap lemak manis sedikit air asam jawa gula,garam secukup rasa Bahan dikisar 2 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci lengkuas 1 btg ser...

Laksam II

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Laksam adalah antara makanan kegemaran akak sekeluarga....kalu dulu beli jer tapi sekarang bila dah anak2 semuanya suka ,maka buat sendiri lagilah berbaloi. Ada macam2 resepi utk buat laksam ni ,dulu akak pernah cuba resepi Yani  ~boleh refer  kat sini . Kali ni pulak akak cuba resepi dr blog ceria-resipi  .Terima Kasih tuan punya ceria-resepi ya....laksam ni lembut dan tahan lebih lama.  Kot2 la nak try sebagai juadah iftar nnt ~Jom semak resepinya ... Laksam II Sumber : ceria-resepi.blogspot.com Dikongsi Oleh : Kaknita ~jomknitamasak.blogspot.com Bahan2: 3 cawan tepung beras 6 sudu besar tepung jagung 6 cawan air sedikit garam Cara2: 1. Campur semua bahan dan gaul sebati 2. Perap dlm setengah jam 4. Sementara tu sediakan periuk kukusan atas api 5. Guna pinggan makan/ dulang untuk ganti loyang (ada loyang lagi baik) Utk kuahnya sila klik  sini Kaknita mmg suka ulam-ulaman yg fresh ni...krup-krap gitu... tambah pula dgn kuah ...

Blueberry Cheese Cake (baked)

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Selamat berhari minggu dan bersantai bersama keluarga ya...Semakin hampir kita dgn Ramadan, akak pasti ramai yang dah buat persediaan menyambut bulan yg mulia ni . Hari ni akak nak share satu resepi cheese cake yang mudah .Akak dapat dr blog Alongroz.Terima  kasih Along! Bagi akak ini adalah antara resepi cheese cake yg mmg best dan mudah gitu ....    Sumber : AlongRoz@HomeKreation Dikongsi oleh : Kak nita ~jomknitamasak.blogspot.com Saiz 8½" round BASE: 55g Butter - cairkan 130g Biskut Oatmeal - hancurkan -kaknita guna biskut marie coklat Caranya 1. Campurkan kesemua & tekan ke dlm tin. Sejukkan dlm peti sejuk 30 min. FILLING: 500g Cream cheese 30g Butter 120g Gula Kaster (kaknita letak 100g) 30g Tepung Jagung 250ml Whipping Cream 4 bj Telur - di pukul sedikit TOPPING: ~ alongroz-myresepi 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2 30ml Air 150g Blueberry pie filling( kaknita pakai yang tak berbiji) Caranya :campurkan gelatin/agar2 dgn air. Pana...

Kek Buah Kukus

Gambar
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah dapat bertemu kembali. Terima kasih kepada sesapa yang  masih sudi singgah ke dapur kak nita yg dah lama tak berasap ni. Kek ni dah selamat bertakhta dalam perut .Masa tu akak teringin sangat tengok kek buah  Hana,dan Kak Yati .Disebabkan tak tahan sangat, akak pon cubalah ...masa dok buat tu , mata ni ngantuk teramat sangat maka kek yg sepatutnya dikukus 4 jam ,akak kukus 2.5 jam jer....tapi hasilnya ok walaupon tak secemerlang  kak yati  dan hana . Yang best tu ialah teksturenya yang lembab dan kurang  manis. Boleh makan banyak potong ..tak jemu gitu..So, bagi penggemar kek buah...tak rugi sekiranya anda mencubanya....insyaAllah.Terima kasih juga kepada pemilik asal resepi ni ~Chef Zubaidah KEK BUAH KUKUS Sumber rujukan : kak.sheila.spices journey, hanamemories.blogspot.com,kak yati ~sinar kehidupanku Dikongsi oleh : jomknitamasak.blogspot.com Bahan-bahan 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality b...