Puding Koktel Kastard
Salam hujung minggu buat semua yang singgah di Sajian Dapur Bonda. Telah menjadi fenomena di FB sekarang, ramai yang gemar mengepos apom, kek, dan puding yang diwarnakan dengan pelbagai warna menarik, `I want to touch the colour! ' Bukan di atas kertas sahaja kita boleh warna tau! Kini kuih muih pun boleh kita apply dengan beraneka warna yang boleh membuat orang teruja bila melihatnya. So kali ini Kak Noor telah apply pada Puding Koktel Kastard ni. Agak menarik juga hasil kombinasi warnanya. Bukan sahaja warnanya menarik, tapi teksturnya pun sedap. Lembut... sejuk bila masuk ke tekak. Dalam FB juga kita tengok ramai yang guna acuan seperti yang Kak Noor gunakan untuk membuat apom, kek, puding dan sebagainya. Acuan ini Kak Noor beli on line, nun.... jauh dari Sabah. 12 pieces harganya RM35.00. Dengan menggunakan resepi di bawah Kak Noor dapat buat dua bekas puding menggunakan acuan di atas. Bahan-bahannya: 20 gram agar-agar tali 1...