Menu di Hujung Minggu, Asam Pedas Tumis Sotong
Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari terutama sekali kepada ibu-ibu yang sedang memikirkan apakah menu yang ingin dimasak untuk keluarga di hujung minggu ini. Seperti ibu-ibu yang lain pada setiap hujung minggu, Kak Noor mesti memikirkan apakah menu tengah hari yang hendak dipersembahkan untuk keluarga . Seperti biasa pada setiap hari Sabtu Encik Hasben akan ke pasar tani membeli lauk-pauk untuk bekalan seminggu. Ada sotong, ayam, dan udang. Ikan jarang sangat dibeli sebab anak-anak tak berapa gemar ikan. Ikan sekarang pun dah mahal, kalau masak tetapi tidak dimakan akan terbuang begitu sahaja. Dah kira membazir tu . Kak Noor jarang ke pasar tani ini sebab kalau dah ikut Encik Hasben, round lama di pasar tani tu... Biasalah orang perempuan ini, nak tengok tu, nak tengok ni, nak belek dulu barang sebelum membeli, dan kadang-kadang membeli barang yang tiada dalam list pun. Bila balik rumah dah letih, tak larat ke dapur. Last sekali beli lauk di gerai aje. So better Encik Hasben aje ...