Postingan

Menampilkan postingan dari November, 2014

Resepi Periuk Noxxa: Kari Ayam dengan Kentang, 10 minit telah boleh dihidangkan.

Gambar
Assalamualaikum. Bagi resepi periuk Noxxa kali ini, Kak Noor ingin kongsi cara-cara memasak kari ayam menggunakan periuk Noxxa. Kari ayam ini telah dimasak minggu lalu, tetapi N3nya yang masih tertunda. Bahan-bahan yang digunakan sama seperti kita masak kari ayam dalam periuk biasa. Cuma yang membezakan apabila kita memasak menggunakan periuk Noxxa ialah ayam cepat empuk dan dalam masa 10 minit kari ayam telah dapat dihidangkan. Kalau kita kesuntukan masa, contohnya pada awal pagi di mana kita perlu memasak untuk keluarga sebelum ke pejabat, periuk noxxa merupakan satu keperluan bagi ibu yang bekerja. Periuk Tekanan Elektrik Berbilang Fungsi Noxxa Resepinya.... Bahan-bahannya: 1 kg. ayam - dipotong kecil 3 - 4 biji ubi kentang - dibelah dua atau empat 1 cawan pati santan sawit KHALIS + 2 cawan air 1/2 ketul kiub ayam Garam dan gula secukup rasa Bahan-bahan ditumis: 1 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 2 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1 biji bawang besar - dihiris 3 u...

Sempena Ulang Tahun Hari Kelahiranku, Chocolate Moist Cake Leleh, inspirasi puteri-puteriku

Gambar
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan semua. Terlebih dahulu Kak Noor ingin panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi, kerana masih memberi peluang Kak Noor hidup di muka bumi ini.  Telah 49 tahun Kak Noor diberi ruang untuk hidup di bumi Allah ini.   Masih banyak lagi ruang yang perlu dipenuhi dengan ilmu-ilmu Allah. Teras diri kita begitu kerdil di sisi Allah jika dibandingkan dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada kita.  Semoga Allah senantiasa merahmati dan memberi keampunan kepada hamba-hambanya.  Kak Noor tertarik dengan satu doa hari lahir yang ditemui di blog  ini .  Kak Noor copy and paste aje ye untuk dikongsi bersama. Kak Noor juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir pada mereka-mereka yang ulang tahun kelahirannya jatuh pada hari mereka membaca N3 Kak Noor ini.   Jom layan video Selamat Hari Lahir   oleh Saujana. Seperti tahun-tahun yang lalu, pada setiap hari ulang tahun kelahiran Kak N...

Mee Goreng Cintan, 3 minit sahaja dengan periuk Noxxa

Gambar
Assalamualaikum. Sebagai seorang ibu yang bekerja, sudah pasti kita akan memikirkan apakah sarapan pagi yang hendak disediakan untuk anak-anak sebelum kita berangkat ke tempat kerja. Kekadang waktu kita kesuntukan masa untuk memasaknya sendiri. Sekiranya anda kesuntukan masa untuk menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak, periuk Noxxa merupakan penyelamat anda. Tak sampai 1/2 jam, sarapan pagi telah boleh dihidangkan. Semalam, Kak Noor masak mee goreng menggunakan mee kering Cintan. Kebiasaannya kita panaskan air terlebih dahulu untuk merebus mee kering ini sehingga lembut kemudian ditoskan. Tetapi dengan menggunakan periuk Noxxa, mee kering terus dimasukkan ke dalam periuk. 3 minit sahaja mee telah masak dan boleh dimakan. Bagi teman-teman di luar sana yang ada periuk Noxxa, Kak Noor ingin berkongsi resepi ini bersama kawan-kawan semua. Bahan-bahannya: 1 bungkus mee kering Cintan (550 gram – 10 keping) 10 ekor udang saiz sederhana 3 sudu besar kicap lemak manis 2 sudu besar sos cil...

French Toast yg cepat dan ringkas

Gambar
Assalamualaikum, Salah satu menu yg paling ringkas ,cepat dan sedap . Anak2 pon boleh buat sendiri.  French toast ni asalnya dr negara Barat . Biasanya dibuat versi classic-rasa nya manis dimana ia akan dicampurkan dgn buah-buahan spt pisang ,strawberry , epal  serta dgn manisan spt madu. Dicampurkan dgn sedikit cinnamon powder. Sekarang dipelbagaikan kepada versi pedas -citarasa org2 Timur .Disertankan resepi ni utk rujukan anak2 ibu nnt ya... French Toast Resepi :http://jomknitamasak.blogspot.com/ Bahan2 6 keping roti putih 2 biji telur A 1/3 cwn susu segar/cair 1 sudu besar sos cili sedikit lada sulah sedikit daun bawang dihiris halus / sedikit oregano marjerin Cara2nya Pukul telur dan susu Masukkan sos cili ,lada sulah dan oregano-sebatikan  Panas kuali , masukkkan sedikit marjerin  Celupkan roti dgn adunan telur tadi dan letakan atas kuali panas tadi alihkan bila garing. bolah dimakan begitu saja @ ditambah sos cili/mayonis   ** garam  tak perlu sbb ma...

Resepi Retro: Puding Koktel Bunga Ros

Gambar
Assalamualaikum rakan-rakan semua. Wow! Bunga Ros. Cantik sekali kejadiannya kan!  Menceriakan sesiapa sahaja yang menatapnya dan menggamit nostalgia sesiapa sahaja yang seangkatan dengannya.  So hari ini Kak Noor nak muatkan gambar-gambar yang ceria aje... Inilah hasilnya Puding Koktel dengan menggunakan acuan Bunga Ros Retro.  Memang sayang sangat nak makan. Kak Noor biarkannya selama sehari di dalam peti ais.  Anak bongsu Kak Noor tak benarkan Kak Noor memotongnya. Cantik katanya.... tunggu kakak balik baru potong sama-sama.  Acuan  ini dibeli online daripada rakan FB kita Norhamida Ida dari Pantai Dalam.   Kalau sesiapa yang berminat nak beli acuan ini bolehlah contact Norhamida Ida. Acuan ini memang cukup `glam' sejak zaman nenda dan bonda Kak Noor lagi, dan sering digunakan untuk membuat puding atau agar-agar bagi hantaran pertunangan atau hantaran kahwin.  Selepas acuan labu menjadi viral, disusuli dengan acuan Bunga Ros ini pula. Cukup te...

Agar-agar Neslo Oreo, kanak-kanak sukakannya

Gambar
Assalamualaikum dan Selamat Petang. Masih tak tahu apa sajian petang untuk keluarga? Apa kata kalau kekawan semua cuba buat Agar-agar Neslo Oreo ini. Mesti anak-anak suka; penuh dengan limpahan coklat lemak berkrim.  Agar-agar Neslo Oreo ini adalah resepi eksperimen Kak Noor berpandukan Agar-agar Coklat Oreo yang diposkan oleh salah seorang rakan di FB.  Kak Noor pun dah lupa apa namanya. Terima kasih kepada empunya resepi asal yang mencetuskan idea untuk Kak Noor melahirkan menu ini. N3 untuk resepi Agar-agar Neslo Oreo ini telah Kak Noor poskan dalam laman FB Sajian Dapur Bonda. Memandangkan resepi di atas dalam bentuk JPEG, di sini Kak Noor perturunkan sekali lagi resepinya. Bahan-bahannya: 30 gram agar-agar bertali  3 cawan air 1 tin susu cair  1 cawan gula – kalau nak manis lagi, boleh tambah  ¾ cawan milo  ¼ cawan serbuk koko  1 sachet Nescafe Ipoh White Coffee with Brown Sugar Beberapa keping biskut oreo  Perasa coklat - opsyen  Cara...

Siakap Bakar

Gambar
Assalamualaikum, Menu ni sesuai untuk makan tengahari. Seperti biasa ikan bakar ni digandingkan dgn air asam , ulam-ulaman nasi panas2 dan gulai tulang lembu. Simple je tapi en suami dan anak2 akak mmg enjoy sgt mkn tengahari tadi .Alhamdulillah . Biasanya akak selalu letak sambal je / + daun kunyit / daun limau tapi kali ni akak hirisan daun kaduk~ saja ja nak buat kelainan sikit . Kalu nak cuba, boleh semak resepi ni yer: Siakap Bakar Resepi : Kaknita Bahan2  1 Ekor Ikan Siakap -boleh gantikan dgn ikan lain Dikisar 2 sb cili kisar   1 sb jintan manis 2 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 2 btg serai sedikit belacan 1 sk serbuk kunyit-kalu ada kunyit hidup lg bagus satu mangkuk kecil air asam jawa sedikit air Dihiris 5-6 helai daun kaduk 1 biji bawang besar 2 sb minyak masak Garam, gula, secukup rasa semangkuk kecil santan Daun Pisang-utk balut ikan ( ini yg buatkan ikan bakar tu wangi ) Cara2nya Ikan dibersihkan dan diketepikan. Tumiskan bahan2 dikisar sehingga  wangi...

Tapai Pulut

Gambar
Asssalamualaikum dan salam sejahtera , Minggu lepas suami akak request nak makan tapai . Dia dah belikan semua bahan2. Dah lama tak buat tapai ni risau jugak,takut tak menjadi tapi buat jugak ...bukan apa nnt merajuk pulak org tuuu...hehehe Alhamdulillah menjadi . Manisss gitu-apalagi en suami tu ..sekali hadap 10pcs ler . Tapai ni bukan saja sedap dimakan begitu saja , malahan ia juga sedap jika dimakan dgn aiskrim / dgn susu lembu . Klau nak rasa boleh try resepi kat bawa ni dan rasalah sendiri. Bahan2nya pon tak banyak . Caranya pon simple sangat. Tapai Pulut Sumber; Dapurmamasya Dikongsi oleh; kaknita Bahan-bahannya 1/2 kg beras pulut - rendam 1 mlm 1/3 biji ragi-hancurkan/tumbuk halus bekas yg secukupnya utk isi tapai@daun pisang/daun getah Cara Tapis dan kukus pulut. Selepas seketika dlm 5 min,pulut dah agak keras...renjis dg air sejuk.kukus lagi hingga wapnya keluar dari tutup periuk. Angkat dan masukkan dlm besen, siram air panas 1 cwn.kacau biarkan seketika. Kukus semula sehin...

Jeruk Epal Asam Boi

Gambar
Assalamualaikum ... Jeruk ni mmg ada dimana2 sekarang ni kan.. meletop2di pasaran. Sejak mula lg keluar di FB ...akak mmg tak tahan tengok..ngencess gitu. Mangga segar kat gerai buah-buahan  tu pulak cepat jer habis. Setakat hari ni dah masuk 3 kali akak buat tp semuanya Epal hijau . Sedap tapi cili padi letak sikit cukup yer ..  Jeruk Epal Asam Boi  Resepi : fb -tak pasti tuan punya Bahan2 4 biji Epal Hijau  ( nak kupas pon ok - tp akak tak kupas ) 10- 15 biji Asam Boi 2 sb Gula  3 biji Cili padi  Cara2 nya Buah dicuci dan dipotong . Masukkan buah bersama asam boi ,gula dan cili padi yang ditpotong halus. Biarkan didlm peti sejuk selama 4-5 jam. Selamat Mencuba!

FENOMENA KINI.... Jeruk Mempelam Asam Boi

Gambar
Hai... kecur air liur tengok gambar di atas tu ye! Inilah jeruk mempelam asam boi yang sekarang ini telah menjadi satu fenomena bagi penduduk-penduduk di Malaysia. Di FB dan di blog, memang banyak N3 mengenai jeruk ini.  Tidak diketahui dari mana asal usulnya resepi ini, tetapi menurut rakan sepejabat, jeruk sebegini pernah disajikan di restoran Thai Seafood.  Dah lama kewujudannya  tapi sejak akhir-akhirnya telah menjadi viral pulak. Memang kecur air liur bila tengok gambar jeruk mempelam asam boi ini yang ditayangkan di FB dan di blog.  Teruja nak cuba membuatnya dan juga merasanya. Jeruk ini Kak Noor buat hari Khamis lalu. Selepas selesai menjamu selera bersama Encik Hasben di Kedai Bihun Langgak yang terletak di AU2, sempat singgah di kedai runcit berdekatan dengan kedai berkenaan.  Adalah beberapa biji mempelam di dalam kotak yang terletak di hadapan kaunter cashier.  Hijau aje nampak... Macam tau-tau aje tauke kedai runcit ini pasal viral jeruk ni, se...