Postingan

Menampilkan postingan dari Januari, 2015

Daging Dendeng lagi

Gambar
Assalamualaikum.. Aduyaiii..lama tak jumpa kan..Ok kali ni nak share daging dendeng lg . Juga resepi dr Ummi. Dah lama nak buat ni utk adik ipar yg sedang mengandung dan kebetulan masa dia balik ke sini akak ada kelapangan utk masak ni maka dapat jugak la dia merasa-alhamdulillah. Daging sesuai utk makan dgn nasi putih ,roti  @ ketupat. Ia juga tahan lama jika disimpan didalam bekas kedap udara. Jom semak resepi nya: Daging Dendeng Pandan Resepi :  ummizaihadi-homesweethome Bahan:- 500 gm daging batang pinang 2 cawan air * 2 batang serai - diketuk * 1 inci halia - diketuk (*untuk direbus dgn daging) 2 sudu besar cili kering yang dikisar 2 sudu kecil rempah kari daging 1 sudu kecil serbuk ketumbar 1 sudu besar kicap pekat manis 1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan 3 sudu besar gula pasir garam secukup rasa sedikit air (jika perlu) 1 helai daun pandan - disimpul-kak nita xletak sbb xdak stok 1/2 cawan bawang goreng minyak masak secukupnya Bahan Kisar:- 8 ulas bawang merah 3 ul...

Dessert di Hujung Minggu, Puding Jagung dan Koko

Gambar
Assalamualaikum dan Selamat Bersantai di Hujung Minggu. Semoga semuanya ceria di samping keluarga tercinta. Projek semalam, Puding Jagung dan Koko.  Kelainan bagi resepi puding kali ini ialah penggunaan whipping cream menggantikan susu cair yang selalu digunakan untuk membuat puding.   Ini semua gara-gara untuk menghabiskan whipping cream yang masih berbaki di dalam peti ais. Kalau dah terlalu lama akan rosak dan tak boleh diguna lagi. Hasilnya ternyata marvelous sekali.  Rasanya macam dessert yang kita makan di hotel.  Mungkinkah ini rahsianya? Mereka menggunakan whipping cream. Resepi Puding Jagung dan Koko Olahan: Sajian Dapur Bonda Bahan-bahan A:  30 gram agar-agar tali 800 ml air 2 ½ cawan gula putih Bahan-bahan B: 300 ml whipping cream 4 biji telur Gred A 1 sudu besar tepung kastard perisa jagung manis jenama Bistari (boleh juga guna tepung kastard biasa) 1 sudu kecil esen vanilla Bahan-bahan C: 1 sudu besar butter 1 ½ sudu besar serbuk koko 2 sudu besar ...

Ayam Kicap Manis Pedas,

Gambar
Assalamualaikum. Hari ini baru sempat masukkan N3 ayam kicap manis pedas. Sesiapa yang masih terfikir-fikir apakah yang hendak dimasak untuk tengah hari ini bolehlah jadikan menu ini untuk hidangan tengah hari. Masakan yang agak ringkas, cuma wajib ada bahan utama iaitu daging ayam, cili padi, dan kicap manis.  Untuk ayam masak kicap ini Kak Noor guna kicap cap Mudim.  Bukan nak promote, tetapi kicap Mudim ni memang sedap; pekat dan manis. Produk Melayu, Kedah mai.. Tapi bukan semua pasar raya menjualnya.  So far pernah beli di Tesco Ampang dan juga Mydin Mall, Subang Jaya. Seperti biasa untuk resepi, skrol di bawah ye.  Bahan-bahannya: 10 - 12 ketul ayam potongan kecil - dibuang kulit 2 tangkai daun kari 1 biji tomato muda - dibelah 4 1 biji cili merah } - dibelah dua tidak putus 1 biji cili hijau   } 2 biji bawang besar - dipotong gegelang 1/2 botol kicap manis 2 - 3  cawan air 2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air 3 sudu besar minyak ...

Kurma Ayam, salah satu hidangan wajib kenduri kahwin orang-orang Utagha

Gambar
Assalamualaikum dan Salam Ceria + Salam Santai di Hujung Minggu. Semoga kita semua senantiasa dirahmati dan dilimpahi rezeki oleh Allah yang Maha Esa.  Syukur Alhamdulillah. Masih terfikir-fikir menu apa yang hendak disajikan untuk hidangan tengah hari ini? Apa kata masak kurma ayam. Kak Noor pun dah lama tak masa kurma ayam ini. Seingat Kak Noor semasa zaman kanak-kanak dulu, lauk kurma ayam merupakan salah satu lauk yang wajib dihidangkan di kenduri kahwin oghang-oghang Utara selain ayam masak merah. Dimasak pula menggunakan kawah secara gotong royong.  Selalunya lauk kenduri rasanya lebih sedap walaupun kita masih menggunakan resepi yang sama untuk masakan harian.  Dimakan pula bersama nasi minyak.  Kenduri kahwin dulu-dulu selalunya dihidangkan dengan nasi minyak dan nasi putih. Sekarang ini dah ada nasi tomato, nasi hujan panas, nasi mandy, dan pelbagai nasi lagi.  Ada tak orang hidangkan nasi kandaq untuk kenduri kahwin? Hm.... sedap juga kalau pekena na...

Agar-agar Santan Gula Merah, menggunakan Santan Sawit KHALIS. Memang Sedap...

Gambar
Assalamualaikum dan Salam Jumaat. Syukur Alhamdulillah, esok cuti. Memang amat dinanti-nantikan. Bolehlah bersengkang mata meluangkan masa untuk muatkan N3 malam ini. Kita tunda kerja rumah malam ini, esokkan masih ada masa untuk membuatnya. Esok dan lusa telah penuh jadual. Esok perlu disiapkan tempahan tart nanas, order daripada kawan lama.  Selepas itu nak siapkan keperluan persekolahan dua  anak Kak Noor yang akan mula bersekolah pada hari Isnin ini; seorang di Tingkatan 5 dan seorang lagi di Tahun 6. Kalau kerja beres cepat, nak jengok-jengok juga mempelam lemak di pasar sebab ada kawan yang minta tolong buatkan mempelam asam boi untuknya.   Bolehlah juga Kak Noor tumpang sekaki. Hari tu semasa viral mempelam asam boi, Kak Noor tak ketinggalan membuatnya. Agih-agihkan untuk kudapan di rumah, kawan-kawan pejabat dan kawan-kawan yang menempah.  Biasalah apabila telah sibuk dengan kerja rumah, maka masa untuk mengadap komputer dan memuatkan N3 amatlah terhad. ...

Roti John

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah ...masih berkesempatan utk kembali mengemaskini blog nih...Banyak sungguh sebab2 yg tak dapat dielakkan. Antara sebab utamanya  lappy akak mogok -hantar repair , sibuk ditempat kerja so bila sampai jer rumah dah letih sgt...tapi sekarang semua dah beransur baik spt seperti sediakala..insyaAllah. Ini adalah menu yg telah lepas , mmg sedap dan ringkas . 12 biji roti john panas2  licin dikerjakan oleh putera2 dan puteri akak yg sedang bercuti nih.. Tu pon siap pesan suruh buat lg nnt. Resepi ni akak dapat dari Fb - Tahrunnisah Jali dgn bahan2 yang ada dirumah aje. Terima kasih ya Tahrunnisah. Resepi Roti John Sumber : Fb - Tahrunnisah Jali 4 biji roti sosej belah 200gm daging kisar-kak nita guna isi ayam 1/2 biji bawang besar (sederhana) dipotong dadu 1 sudu kecil rempah kari daging sedikit kunyit sedikit garam sedikit serbuk lada hitam 3 biji telor lada merah dipotong dadu halus(optional jika suka pedas) hiasan kepingan cheese( ...

Marble Strawberry Cheese Cake

Gambar
Assalamualaikum. Resepi asal Kak Noor skodeng di dapur Yatie Memories .  Amboi... banyak sungguh resepi kek yang sedap-sedap belaka di dapur Yatie ini. Teruja tengok kek-kek yang dipersembahkan. Simple dan sedap. Seperti biasa, Kak Noor akan olahkan sedikit resepi ini daripada resepi asal Yatie Memories.  It's not 100% resepi asal ye. Kalau nak resepi asal boleh layari blog Sinar Kehidupan. Resepi ini digandakan bahan-bahannya dari resepi asal sebab Kak Noor nakkan kek yang lebih besar.  Sebahagian dimakan di rumah dan sebahagian lagi dibawa ke pejabat untuk dimakan bersama dengan rakan-rakan. Ada juga bahan-bahan yang ditambah dan dikurangkan mengikut kesesuaian dan citarasa Kak Noor. Untuk rakan-rakan pejabat, sama-sama merasa Kak Noor menggunakan loyang springform bulat ukuran 10 inci. Loyang bulat 10 inci ini hanya muat 3/4 sahaja daripada adunan. 1/4 lagi Kak Noor tuangkan dalam cup cake dan dijadikan muffin. Mudah guna loyang jenis ini.  Selain mudah untuk meng...

Kek Keju Oreo Mudah dan Cepat. Tidak perlu dibakar, cuma disejukkan di dalam peti sejuk.

Gambar
Assalamualaikum. Hmm.... sedapnya. Macam makan ais krim lah pula! Hari ini Kak Noor nak kongsi buat kek keju oreo yang mudah dan cepat.  Semuanya bermula bila menonton video membuat kek keju oreo ini yang diposkan dalam FB.  Kek yang tidak perlu dibakar, hanya disejukkan disejukkan beberapa jam di dalam freezer sebelum dimakan. Anak-anak pun teruja melihat video berkenaan dan meminta Kak Noor cuba membuatnya. So pagi tadi ke kedai bakeri BAGUS Melawati bersama Encik Hasben membeli bahan-bahan untuk membuat kek oreo ini.  Di BAGUS, semua bahan keperluan kek A sampai Z ada.  Rambang mata dibuatnya.   Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek keju oreo ini. Untuk lebih mudah dan cepat membuat dasarnya, Kak Noor beli oreo crushed cookie pieces di kedai bakeri Sekiranya tiada, boleh juga gunakan biskut oreo yang dihancurkan. Acuan springform cake pan 7 inci  Seperti yang disarankan dalam video, Kak Noor beli Springform Cake Pan - bulat bukaan tepi. ...