Postingan

Menampilkan postingan dari Juni, 2014

Popia Sayur

Gambar
Assalamualaikum, Salam Ramadan buat semua.... Harap2 semuanya sihat2 belaka dan dapat menjalani ibadah puasa dgn baik ya.Minggu lepas anak2 akak  diserang conjunctivitis (sakit mata) . MC sambung menyambung sbb memula Luqman , pastu Balqis dan seterusnya Rafiq . Pada 2 Ramadan terkena pula la girliran akakkkk...sakit youuu..rasa macam ketat sangat bola mata ni , nak gerakan mata , celik ,pejam pun sakit ...bila telan dan titik ubat ok la sikit . Hari ni dah beransur ok..alhamdulillah.Popia ni akak buat utk iftar 1st Ramadan , ni mmg favourite anak2 , senang dan cepat . Rasa dia ala2 pie tee Chicken Rice Shop gitu...tak caya boleh cuba nnt.Bagi anak2 kecil yg tak sukakan sayur tu ,cer try bagi yg ni ~pasti dia akan sukaaa.... Popia Sayur. Resepi : kaknita jomknitamasak.blogspot.com Bahan-bahan kulit popia secukupnya (kak nita guna size kecil) UNTUK INTI 1/2 batang carrot-diparut memanjang 1/2 biji sengkuang kecil -diparut memanjang 1/3 biji timun-diparut memanjang satu mangkuk tauge...

Karipap

Gambar
Assalamualaikum , Lagi sehari lg kita akan bertemu Ramadan . Cepat sungguh masa berlalukan.... Alhamdulillah , masih lg berpeluang menjalani ibadah puasa bersama keluarga dan sahabat2 . Moga2 kita semua dikurniakan kesihatan yang baik utk meneruskan ibadah seterusnya, insyaAllah. Semalam akak buatkan karipap ni utk sarapan  anak2 pagi tadi . Rangup dan intinya pon sedap .Terima kasih kpd  Tahrunnisah Jali  yg sudi share pelbagai resepi yg menarik di fbnya .  Jom kita check resepinya : Karipap Resepi asal : fb  Tahrunnisah Jali Dikongsi oleh : Kaknita~jomknitamasak.blogspot.com (satu adunan ni dapat dlam 20 biji .) 1 1/2 cawan gandum 1sb penuh tepung beras 1sb penuh tepung ubi-knita gantikan dgn tepung jagung 1/2 sb gula secubit garam 1 1/2 sb marjerin atau shortening terpulang (saya punya guna shortening) 4 sudu besar minyak panas air secukupnya (saya guna air sejuk peti ais) caranya gaul bahan2 kering gandum, tpg beras, tpg ubi, gula, garam, shortening/marjerin...

Gulai Ikan Sembilang & Daun Kesum

Gambar
Assalamualaikum, Gulai ni adalah permintaan En Suami  beberapa hari lepas. Dah lama tak makan Gulai ikan Sembilang ni sbb tu  bila terjumpa ikan segar ni di pasar dia terus beli.Alhamdulillah mmg dia suka . Kali ni akak letak santan sikit . Sekali sekala kan...kira pa...hahaha. Jom kita tengok resepi terus la. Sumber 1:EDITORIAL RASA (Tarikh: 29 Januari 2014) Sumber 2: kaknita~jomknitamasak.blogspot .com BAHAN-BAHAN: 500 gm ikan sembilang 250 ml santan 5 biji bawang merah | ditumbuk 4 ulas bawang putih | ditumbuk 3 biji bawang merah | dimayang 1 batang daun kesum 1 sudu teh serbuk jintan putih (jintan putih ditumbuk halus bersama bawang merah + putih) 2 sudu makan rempah kari ikan Baba's 2 sudu makan air asam jawa ( knita lebihkan sikit ) 2 sudu makan minyak Garam secukup rasa sedikit timun CARA MEMASAK:- (cara kak nita) 1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah dimayang dan bahan tumbuk + sedikit halba campur sehingga  berbau harum. 2. Kemudian masuk...

Talam Marble

Gambar
Assalamualaikum, Hari tu masa bershopping bebarang dapur terbelilah tepung hoen kwee. Gatai tangan sungguh!Bila dah kesian tengok tepung tu  dok tergolek  dlm almari berminggu2 akak pon goggle dan jumpa resepi  talam marble dr blog kak ita nih..Betullah kata kata ita mmg senang nak buatnya. Sedap,lemak dan terasa coklatnya gitu. Sesuai utk kenduri2 sbb 1/2 adunan pon dapat banyak.Sempat juga bagi jiran2 rasa masa jamuan makan2 hari tu. Terima kasih atas perkongsian resepi ni ya Kak Fida dan Kak ita. Kalau nak cuba, sila semak resepi kat bawah ni: TALAM MARBLE Resepi asal: Kak Fida Sumber 1: azlitamasammanis Sumber 2:kaknita~jomknitamasak.blogspot.com Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. ) 240 g tepung Hoen Kwee hijau 450 g gula halus (2 1/4 cwn rata)-knita kurangkan sikit gula ni. 2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa) 1 sk garam 3 sb serbuk koko choc emulco - ita tambah Cara2nya Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2. 1 bahagian di campur koko. Ma...

KARI IKAN SARDIN DENGAN UBI KENTANG, menggunakan Sardin Cap Ayam

Gambar
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua.   Just nak kongsi satu resepi yang agak simple untuk hidangan tengah hari ini, iaitu kari ikan sardin.  Tak perlu bersusah payah menyiang ikan, just guna sardin cap ayam yang boleh dibeli di kedai.  Keenakan karinya setanding dengan kari ikan lain yang pernah kita masak.  Bagi ibu-ibu yang tiada idea lagi nak masak apa untuk tengah hari ini, bolehlah mencuba menu ini. Insya Allah sedap.  Selain dijadikan lauk untuk dimakan bersama nasi, ia sedap juga dicicah dengan roti sandwich, roti benggali,  roti canai, roti bom, capati, dan cekodok.   Jom kita ke bahan-bahannya. 1 tin besar sardin cap Ayam (asingkan ikan daripada sosnya) 4 biji ubi kentang saiz sederhana - 1 biji dibelah dua 1 biji bawang besar - dihiris 2 tangkai daun kari 1 sudu besar halba campur 2 biji cili hijau  1 biji tomato  (sederhana masak) - dibelah dua atau 4 bergantung kepada saiz buah tomato * 2 sudu besar serbuk rempah kari ikan dan ...

BISKUT ARAB SUSU, rasanya sedap dan lemak bersusu

Gambar
Assalamualaikum. Bulan Rejab telah berlalu, dan kini kita berada dalam bulan Syaaban. Tak sampai seminggu lagi kita akan menyusuri bulan Ramadhan Al-Mubarak.  Semoga tahun ini kita akan dapat berbuat lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Seperti tahun-tahun lalu, Biskut Arab merupakan salah satu biskut yang wajib ada pada hari raya, dan menjadi kegemaran anak-anak Kak Noor.  Tak tahu kenapa ia dinamakan Biskut Arab.  Adakah kerana ia menggunakan minyak sapi?  Kak Noor tidak mempunyai jawapan mengenai asal usulnya walaupun ingin juga mengetahuinya.  Sejak kecil lagi Kak Noor mengenali Biskut Arab ini dengan warna putih. Bonda Kak Noor selalu membuat biskut ini untuk hari raya kerana kami sekeluarga amat sukakannya, terutama sekali adik bongsu lelaki Kak Noor.  Tetapi sekarang terdapat juga versi Biskut Arab berwarna di mana adunan dibahagikan kepada tiga warna yang berlainan, dicantum dan digentel bulat.  Setelah dibakar, digolek dengan gula ...

Pau Coklat

Gambar
Assalamualaikum, Percubaan pertama akak utk buat kuih pau.Alhamdulillah , mmg gebuss!Kali ni buat inti coklat. InsyaAllah lain kali nak pelbagaikan intinya pula. Kelemahan inti coklat ni ialah coklat tu akan mengeras bila sejuk sbb tu la kat kedai tu Pau Madura tu sentiasa dalam kukusan . Yang penting pau tu lembut , gebuss dan putih .Terima kasih  Izah  sbb share resipi ni ya. PAU sumber1 : kak Yani@myR sumber 2: izahdaut.blogspot.com sumber 3:kaknita-jomknitamasak.blogspot.com Bahan-bahan ( 8 biji )-knita buat kecik sikit ,so dapatlah 9 biji 300g tepung gandum *saya letak 1/2 tepung pau (knita letak tepung hongkong-semua) 6g baking powder 2g garam 162g air suam 6g dry yeast 30g gula halus 18g lemak sayur Cara-cara Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat. Pen...

Butter Pancake

Gambar
Assalamualaikum, Selamat pagi semua....kalu tengah dok pening kepala nak buat berakfast apa hari ni/esok  boleh la try resepi ni .Cukup simple ,sedap dan gebuss. Walaupon rupa dia tak cun tapi anak2 mmg suka . Sedap macam McD punya pancake gitu. Kalu nak tengok pancake yg cun nya bole ziarah dapur  Kak Ummi. Terima kasih Kak Ummi,mmg terbaiklah  kak!.InsyaAllah kak nita akan cuba perbaiki rupa paras pancake ni pasni... hahaha.. BUTTER PANCAKE  Resepi: Hajar Fotopages Sumber 1: Ummi @ Home Sweet Home Sumber 2: kaknita -jomknitasak.blogspot.com Bahan:- 3 sudu besar butter-dicairkan 1 biji telur 1 cawan tepung naik sendiri 1 sudu teh baking powder 1 sudu besar gula 1 cawan susu segar-knita letak susu cair 1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe secubit garam Cara Membuat:- 1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati 2. Biarkan adunan selama 10 minit** 3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas 4. Balikkan adunan bila nampak permukaan...

MEE KERING @ MAGGI GORENG UDANG versi Sajian Dapur Bonda, kegemaran anak-anakku

Gambar
Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.  Syukur Alhamdulillah dapat lagi Kak Noor berkongsi cerita dan resepi di blog SDB ini.  Semoga kita semua senantiasa dirahmati Allah serta dipelihara ketaatan dan keimanan kita dengan taufik dan hidayahNYA. Emm... sedapnye bila makan semasa panas Topik  hari ini adalah mengenai sarapan.  Apakah sarapan yang disediakan oleh ibu-ibu kepada keluarga pagi ini? Pagi ini Kak Noor sediakan heavy breakfast untuk anak-anak, iaitu mee goreng. Tetapi bukan menggunakan mee basah ye… Kak Noor gunakan mee kering.   Stok mee kering ini memang sedia ada di rumah kerana ia boleh disimpan lama berbanding dengan mee basah.  Mee basah kalau digoreng pada hari yang sama kita beli memang sedap.  Tetapi kalau sudah dua tiga hari disimpan dalam peti sejuk, mee tu akan hancur bila kita goreng.  Nak makan udang ke, nak makan mee dulu ni? Kebiasaannya sebelum pergi kerja, Kak Noor akan pastikan a...

Kunamakan samperitku SAMPERIT COME sebab ia comel sangat...

Gambar
Assalamualaikum.   N3 kali ini mengenai samperit lagi.  Tak jemu-jemu Kak Noor ceghite pasal samperit kan?  Teruja juga dengan Samperit Come ini. Come sesangat! (Puji sendiri pulak!) Tetiba... aje boleh jadi kecik macam tu!  Sejak semenjak ini Kak Noor busy `menyemperit' bagi memenuhi tempahan rakan-rakan yang ingin merasa samperit come ini. Hujung minggu sahajalah masa yang terluang untuk Kak Noor membuatnya. Lagipun pada setiap hujung minggu baru ada assistant; iaitu anak sulung perempuan Kak Noor.  Bila dia ada, rasa lega.... sangat sebab tugas Kak Noor hanya membancuh, memicit dan packing aje... Bab meletak ceri dan membakar dia yang bantu.  Kalau nak harap Kak Noor seorang diri, perlahanlah sikit prosesnya, macam kura-kura. Ha..ha.. Kak Noor kalau bab nak tengok api ni memang malas sikit.  Wajah samperit yang sempurna apabila kita keluarkannya daripada oven kelopak bunganya tidak jatuh, dan warnanya masih kekuningan termasuk tapaknya. Syukur Alham...

Kari Udang Campur Ubi Kentang & Lobak Merah

Gambar
Bahan-bahannya: 1 kg. udang saiz sederhana – dipotong kepala dan ekor 2 biji bawang besar – dikisar 3 ulas bawang putih + 1 inci halia – dikisar *3 sudu besar serbuk rempah kari ikan dan udang BABAS *2 sudu besar serbuk rempah kari ikan masin BABAS (* disatukan dan dibancuh dengan air, dijadikan pes) 1 ½ cawan pati santan - Kak Noor guna santan sawit KHALIS 3 – 4 cawan air 5 biji ubi kentang saiz sederhana – dipotong dua 1 biji lobak merah – dipotong memanjang atau bulat 2 biji cili hijau 1 biji tomato saiz besar (tidak berapa masak) – dibelah empat ½ kiub ikan bilis 1 keping asam gelugor (asam keping) Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan ditumis: 1 biji bawang besar – dihiris 1 batang serai – dititik 1 sudu besar jintan manis 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: 1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis hirisan bawang besar, serai, jintan manis dan daun kari. Apabila bawang besar layu, masukkan kisaran bawang putih + halia. Kacau dan kemudian m...