Ayam Masak Kicap Lada Hitam
Assalamualaikum semua. Selamat Santai di hujung minggu. Emm.... celik mata saja, dah fikir nak masak apa untuk tengah hari ini. Blur..... Bila tanya Encik Hasben nak masak apa, standard selalu jawapannya, `Banyak resepi dalam blog SDB tu...'. Ye tahulah kita banyak resepi dalam blog tu, tapi semua dah pernah masak dan selalu sangat dihidangkan. Nanti jemu pula. Kalau boleh di hujung minggu ini naklah sesuatu yang istimewa sikit. Nak tahu juga Cik Abang nak makan apa. Kot-kot ada request tertentu. Tetapi itulah hasben KaK Noor, tak cerewet orangnnya, dari dulu dan selama-lamanya. Apa sahaja yang dihidangkan, itulah yang dimakannya. Syukur Alhamdulillah. Tetapi kita sebagai isteri, sesekali bila masa terluang, ingin juga mencuba sesuatu yang istimewa untuk disajikan untuk keluarga di hujung minggu. Finally, teringat request daripada Shila, anak bongsu Kak Noor semalam. `Ibu masak ayam kicap pedas, macam ibu buat hari itu. Sedaplah ibu ...